Warning: fopen(/home/dakwah/public_html/isk/wp-content/backup/.htaccess) [function.fopen]: failed to open stream: Permission denied in /home/dakwah/public_html/isk/wp-content/plugins/backupwordpress/functions.php on line 377
Cannot open file (/home/dakwah/public_html/isk/wp-content/backup/.htaccess)
Warning: fwrite(): supplied argument is not a valid stream resource in /home/dakwah/public_html/isk/wp-content/plugins/backupwordpress/functions.php on line 381
Cannot write to file (/home/dakwah/public_html/isk/wp-content/backup/.htaccess)
Warning: fclose(): supplied argument is not a valid stream resource in /home/dakwah/public_html/isk/wp-content/plugins/backupwordpress/functions.php on line 385
Ini Sejarah Kita » Kemerosotan Turki Uthmaniyah Laman Utama

Kemerosotan Turki Uthmaniyah

Setelah Turki Uthmaniyah mengambil alih tampuk kekhalifahan Abbasiyah yang runtuh akibat serangan Monggol, kesatuan ummat Islam terus di urusi dan pengembangan dan kestabilan kawasan-kawasan Islam terus di perbaiki oleh para khalifah.

Ketika Muhammad II bin Murad II naik tahta, dia segera merealisasikan cita-cita kaum Muslimin sejak zaman permulaan Islam untuk menawan Konstantinopel hingga cita-cita itu benar-benar berhasil pada tahun 857 H/1453 M. Akhirnya, dia dikenal dengan nama Muhammad al-Fatih (Muhammad sang Penakluk), dan tak lama kemudian Islâm bûl -atau yang kini dikenal dengan Istanbul (Gara-gara pengkhianat At-Tartuk) - itu menjadi ibukota negara Utsmani, dan menjadi titik tolak untuk melakukan penaklukan ke seluruh Eropa, setelah sebelumnya penaklukan telah terhenti, dengan meninggalnya Abdurrahman al-Ghafiqi, di bagian Selatan Perancis. Tak lama kemudian, Muhammad al-Fatih bertolak untuk menawan Murrah, Serbia, dan Bosnia. Beliau juga melakukan tekanan terhadap Itali, Hungaria, dan Jerman. Akhirnya, Tharabzun dan Cremia di kawasan Asia pun tunduk kepadanya. Setelah itu, dia kembali untuk menaklukkan Jerman dan beberapa bahagian wilayah Itali, namun dia meninggal dunia sebelum sempat merealisasikan rencananya untuk menaklukkan Rodesia.

Dia kemudian digantikan oleh puteranya, Yazid II, yang telah berjaya mewujudkan kemenangan armada laut Utsmani yang pertama, melawan armada Bunduqiyah (Itali). Kekuasaannya kemudian diserahkan kepada anaknya, Salim I. Dialah yang kemudian menjadi Sultan Utsmani yang paling besar dan mendapatkan kemenangan serta penaklukan paling banyak. Dia menyerang Sultan Safawi, Shah Ismail, yang telah berusaha menyebarkan mazhab Syiah, dan mengembangkan kekuasaan Parsi hingga ke Irak. Sultan Salim I kemudian menduduki Diyarbakar dan Kurdistan, yang merupakan langkah awal untuk menaklukkan Syam dan Mesir, seiring dengan kemenangannya di Maraj Dabiq dan Raidaniyah. Pada saat itu, Kekhilafahan Islam secara syar‘î telah berpindah ke tangannya, setelah Khalifah al-Mutawakkil Alallah, Khalifah Abbasiyah terakhir di Mesir, menyerahkan tampuk kekhilafahan kepadanya. Sultan Salim I pun rasmi menjadi khalifah kaum Muslim di seluruh dunia sejak tahun 923 H/1517 M. Dia kemudian meninggal setelah 8 tahun berkuasa. Syarif Makkah juga telah menyerahkan kunci-kunci dua tanah suci, Makkah dan Madinah, kepadanya.

Setelah itu, dia digantikan oleh Sultan Sulaiman al-Qanuni (926-974 H/1520-1566 M). Era kepemimpinannya dianggap sebagai era Kekhilafahan Utsmani yang paling jaya berkat kebangkitan sains yang diikuti penemuan ilmiah dan geografi Eropah, sementara Khilafah Utsmani telah meninggalkan jauh negara-negara Eropa, di bidang ketenteraan, sains, dan politik. Sulaiman juga telah berhasil menawan Belgrade dan mengambil Rodesia. Dia menuai kemenangan atas Hungary dalam pertempuran Mouhackz, serta berhasil menawan Armenia dan Irak, hingga armada laut Khilafah Utsmaniah disegani di seluruh perairan laut; mulai dari Laut Putih, Laut Merah, hingga Samudera Hindia. Konstantinople pada tahun 1453 sehinggalah kematian Sulaiman II (Sulaiman al-Qanuni). Di barat, beliau dikenali dengan nama Sulaiman The Magnificent (Sulaiman yang Hebat)

Setelah Sulaiman II meninggal 1566 M, negara mulai mengalami kemerosotan terus-menerus.
Zaman Kemerosotan

Banyak faktor yang menyebabkan kemerosotan Khilafah Turki Uthmaniyah pasca Sultan Sulaiman Al-Qanuni. Antara factor utama adalah kelemahan iman dan kefahaman Islam yang ada pada Khalifah yang memerintah, Di tambahi lagi dengan perlantikan Khalifah-Khalifah yang tidak memiliki kelayakan yang seharusnya.

Setelah kekalahan Khilafah Utsmaniah atas Eropah (Paus Paulus V, Sepanyol, Hungari dan Perancis) dalam Perang Lepanto tahun 1571 M, Khilafah nyaris hanya dapat mempertahankan wilayahnya. Khalifah Uthmaniyah terus melemah dengan pelbagai permasalahan sama ada dari dalam mahupun luar. Berlaku beberapa pemberontakan dan perampasan kuasa di sesetengah kawasan, rasuah berleluasa dan orang-orang kafir mula mengambil tempat dalam pentadbiran dan juga mendominasi masyarakat di sesetengah kawasan.

Kelemahan Khilafah Utsmaniah pada abad ke-17 M itu juga dimanfaatkan oleh Austria dan Venesia untuk memukul Khilafah. Melalui Perjanjian Carlowitz (1699 M), wilayah Hongari, Slovenia, Kroasia, Hemenietz, Padolia, Ukrain, Morea, dan sebagian Dalmatia lepas ke tangan kuffar; masing-masing ke tangan Venesia dan Habsburg. Bahkan, Khilafah Utsmaniah terpaksa kehilangan wilayahnya di Eropah, setelah kekalahannya dengan Rusia dalam Perang Crimea pada abad ke-18 M, dan semakin tragis setelah dilakukannya Perjanjian San Stefano (1878) dan Berlin (1887 M).

Eropah terus bangkit dan pelbagai ideology ciptaan yahudi terus meresap masuk ke dalam pemerintahan Turki Uthmaniyah. Banyak ulama yang mengeluarkan fatwa-fatwa kontroversi yang berkiblatkan kuffar dan muncul pelbagai gerakan nasionalis yang di taja oleh kuffar untuk meruntuhkan Khalifah.


Baca Artikel Terkait

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*