Warning: fopen(/home/dakwah/public_html/isk/wp-content/backup/.htaccess) [function.fopen]: failed to open stream: Permission denied in /home/dakwah/public_html/isk/wp-content/plugins/backupwordpress/functions.php on line 377
Cannot open file (/home/dakwah/public_html/isk/wp-content/backup/.htaccess)
Warning: fwrite(): supplied argument is not a valid stream resource in /home/dakwah/public_html/isk/wp-content/plugins/backupwordpress/functions.php on line 381
Cannot write to file (/home/dakwah/public_html/isk/wp-content/backup/.htaccess)
Warning: fclose(): supplied argument is not a valid stream resource in /home/dakwah/public_html/isk/wp-content/plugins/backupwordpress/functions.php on line 385
Ini Sejarah Kita » Pembinaan Kader-Kader Dakwah Era Mekah Laman Utama

Pembinaan Kader-Kader Dakwah Era Mekah

Oleh: FirdauS Shah

Era Mekah merupakan tahapan dakwah pertama yang sangat penting dalam sejarah Islam yang perlu di kaji dan di fahami. Kerana pemahaman yang jelas terhadap proses pembinaan para sahabat atau kader-kader dakwah untuk menjadi tonggak dakwah akan memberikan kita suatau gambaran yang sungguh unik tentang gerak kerja dakwah Rasulullah SAW. Sepanjang period 13 tahun di Mekah, di kisahkan hanya lebih kurang 313 sahaja orang yang menerima dakwah Rasulullah, yang mana majoritinya terdiri daripada golongan bawahan; hamba dan orang miskin.

Tarbiyyah Individu Muslim

Tarbiyah di pusatkan oleh Rasulullah SAW kepada generasi awwal ‘as-sabiqunal awwalun’ dengan pelbagai cara. Proses pembiaan berlaku setiap masa dan setiap peristiwa dengan acuan Al-Quran yang menunjukkan jalan. Tarbiyah pada tahap awal yang dilakukan Rasulullah SAW adalah menanamkan aqidah tauhid dan menghancurkan jahiliyyah. Allah adalah dzat yang disembah dan diikuti, bukan berhala yang berada di sekeliling Mekah. Ma’rifatullah adalah tonggak dan Iman yang mendalam kepada Allah dan Rasullah yang menjadi dasar penting dalam keperinadian seorang Muslim.

Di rumah Darul Arqam, di sinilah kajian-kajian tarbiyah yang berupa pembacaan ayat suci Al-uran, nasihat dan tazkiyah ruhani diberikan langsung oleh sang murobbi agung. Sehari demi sehari, seminggu demi seminggu dan berbulan-bulan jamaah Islam pertama terbentuk di rumah Al-Arqam. Halaqah (Pertemuan) yang dilakukan Rasulullah inilah yang kemudian melahirkan Syaksiyah Islamiyah, keperibadian Muslim pertama yang walaupun wahyu belum turun lengkap tetapi aqidah telah tertanam kukuh. Mereka hanya di sibukkan dengan kajian-kajian ayat Allah dan proses pensucian jiwa, jauh daripada memikirkan hal-hal lain.

Rasulullah SAW juga melakukan tarbiyah fardhiyah dengan merekrut Abu Bakar, Uthman dan ahli keluarganya seperti Ali. Mereka di asuh di dalam halaqah-halaqah yang berbeza. Rasulullah membagi beberapa halaqa di Mekkah sehingga tidak mencurigakan kaum musyrikin.

Para sahabat terus di bina dengan pelbagai sarana. Fitnah, gangguan, kutukan dan penyeksaan kaum kafir menjadi ujian untuk membuktikan keberhasilan tarbiyyah yang mereka perolehi daripada Rasulullah. Untuk menjadikan mereka lebih cekal dan tabah, Allah s.w.t pernah mewajibkan Qiamullail selama setahun sebagai bekal untuk menghadapi hari-hari mendatang yang penuh sukar.

Qaedah Sulbah

Yang akan kekal bersama Islam hanyalah mereka yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah.Dan inilah sunnah susunan dan pemilihan dalam peringkat awal dakwah Rasulullah, menyediakan tulang-tulang belakang atau tonggak kepada dakwah, yang terdiri daripada mereka yang sanggup menyediakan diri untuk menanggung segala bebanan. Itulah yang di katakana sebagai Qaedah Sulbah.

“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.” (Muhammad: 31)

Orang yang masuk Islam ketika itu adalah orang yang mewakafkan diri kepada Allah dan sanggup menanggung azab tentangan kaum kafir Quraisy. Allah menyediakan mereka agar menjadi pasukan yang sangat mantap untuk mengemban risalah Islam. Dengan suasana mereka di tekan para penguasa, dengan jumlah dan kekuatan individu yang di sanggup mengikut tarbiyyah yang sedikit, pada peringkat ini mereka di latih dengan kesabaran yang dahsyat.

“Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad), akan orang-orang “Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: “Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat.” (An-Nisa: 77)


Baca Artikel Terkait

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*